Berikan yang selamat & terbaik untuk anak anda sejak dari kandungan lagi....

Apa itu Salindah ?




Ibu-ibu yang bijak akan memilih Salindah sebagai pemakanan dan rawatan sepanjang tempoh hamil hingga habis pantang. Dengan kebaikan rumusan Homeopati, Biokimia dan Herbalisme yang istimewa ini, zaman kehamilan kini bukan lagi satu kebimbangan malah lebih indah dan menyeronokkan. Ianya membantu ibu-ibu melahirkan si manja dengan lebih mudah.


Apa itu Salindah ?
Salindah diperkaya dengan fosfat-fosfat Kalsium, Kalium, Ferum dan Magnesium untuk menjadikan ibu-ibu hamil lebih sihat dan si manja kelihatan lebih comel, cergas dan pintar. Tanpa kesan sampingan, ibu-ibu akan lebih berkeyakinan sepanjang tempoh hamil dan Salindah selamat untuk digunakan.
Salindah mulai diperkenalkan kepada masyarakat sejak tahun 1980. Salindah merangkumi kedua peringkat dari sebelum bersalin sampai waktu lepas bersalin. Salindah Set Lengkap mulai dari 3 bulan hamil dan tamat pada habis waktu pantang, iaitu kira-kira 40 hari lepas bersalin. Bagi ibu yang mengambil SALINDAH Set Lengkap ini maka ia memperolehi keseluruhan kebaikannya.


Apa tujuan anda makan salindah ?

  • Ingin lahirkan anak pintar, cerdas, kuat tulang & gigi, keletah, comel, & cantik kulit..mulakan dengan B1,B2 & B3
  • Untuk bersalin mudah ambil B4, B5 & B6
  • Untuk mengembalikan kewanitaan anda, sihat tubuh badan, cergas, bertenaga ambilah Set Lepas Bersalin


Khasiat dan Panduan Pengunaan Salindah

B1 Mulai minggu ke 12 hamil
Memberikan zat besi mudah hadam yang diperlukan oleh setiap ibu mengandung. Menghilangkan atau mengurangkan muntah dan loya serta alahan. Menolong tumbesaran tian. Mencegah demam, batuk, selsema, sejuk - sejuk, sakit kepala, sakit gigi dan lain - lain. Menghilangkan kesan jatuh atau rebah. Melancarkan aliran darah agar mencegah timbul simpul urat di kaki. Menghilangkan letih lesu.

B2 Mulai minggu ke 24 hamil
Memberikan zat untuk tumbesaran tian, menguatkan tulang dan membina otak tian, disamping menambah darah. Menambah selera makan, menghilangkan sengal tulang dan kebas anggota kaki dan tangan. Mencegah serangan sejuk dan sakit gigi. Mencegah osteoporosis.


B3 Mulai minggu ke 28 hamil
Memberi zat untuk pembinaan saraf dan otak anak. Menghilangkan masalah takut, cemas dan bimbang. Mencegah simpul biawak atau krem betis. Mendatangkan ketenangan bagi menghadapi hari bersalin.


B4 Mulai 4 minggu sebelum bersalin
Remedi ini istimewa untuk mengawal alamat sebelum jangkaan alamat palsu, menghilangkan sakit bersalin, sakit urat dan otot, menyediakan saluran peranakan dengan mengendurkan dan menganjalkan otot - otot pencerut kawasan saluran peranakan. Memudahkan kelahiran bayi. Menghilangkan perasaan takut dan cemas.


B5 Mulai 2 minggu sebelum bersalin
Remedi ini melanjutkan dan menolong tindakan item B4, mengendur dan menganjalkan otot pencerut saluran peranakan dan memberi daya teranan labour sewaktu bersalin.


B6 Mulai 1 minggu sebelum bersalin
Remedi ini menguatkan teranan, menolong mengurangkan sakit waktu bersalin, mempercepatkan dan mempermudahkan keluarnya anak, membuka luas saluran peranakan dan mengurangkan sakit lepas bersalin.

____________________________________________________________________


L7 Selepas bersalin
Remedi cecair bagi menyembuhkan luka atau jahitan dengan cepat. Menghilangkan sakit pada luka atau jahitan. Mencegah jangkitan kuman atau pernanahan.


L8 Mulai 5 jam selepas bersalin
Bila keluar sahaja anak, terus makan remedi ini. Remedi ini membantu menyembuhkan rasa sakit - sakit, menghentikan darah, mencegah sakit meroyan, demam dan sakit kepala.


L9 Mulai hari ke 2 selepas bersalin
Remedi istimewa ini menghilangkan sengal selepas bersalin dan bisa-bisa, sakit meroyan, menghentikan darah nifas, membetulkan urat - urat darah yang putus, menyusun semula alat peranakan dan menguatkan seluruh anggota itu


L10 Mulai hari ke 6 selepas bersalin
Remedi ini mempercepatkan rahim dan saluran peranakan menegecut semula. Mengangkat rahim kembali ke tempat asal. Mengurangkan simpul urat biru.


L11 Mulai hari ke 7 selepas bersalin
Remedi tonik ini istimewa bagi memanaskan badan, menambahkan selera, membaiki penghadaman dan pembuangan najis. Menenangkan tidur. Menghilangkan kebas - kebas. Menyegarkan rahim dan alat peranakan.


L12 Mulai hari ke 21 selepas bersalin
Remedi ini menjaga kesihatan ibu selepas bersalin sentiasa agar sihat, mengembalikan kekuatan, memulihkan alat perkelaminan. Menimbulkan kesegaran.




CARA MAKAN SALINDAH :
  1. Kesemua tablet hendaklah dikemam sahaja.
  2. Tuangkan tablet ke dalam tudung botol, terus letak di atas lidan dan kemam sehingga larut.
  3. Jangan sentuh dengan tangan
  4. Berpantanglah dari kopi ( minuman berkafein ), cili, kari, makanan berempah sekurang-kurangnya sebulan sebelum bersalin sehingga 2 minggu selepas bersalin.
  5. Jangan simpan di dalam peti ais, dan jauhkan dari panas dan barang elektrik


Cara Pengambilan dan Penggunaan

Dari awal hamil/3 bulan hingga bersalin
  1. B1 (336 biji) mulai 3 bulan (minggu 12) 4 biji 2 kali sehari. Makan hingga habis
  2. B2 (120 biji) mulai 6 bulan (minggu 24) 2 biji 2 kali sehari. Makan hingga habis
  3. B3 (336 biji) mulai 7 bulan (minggu 28) 2 biji 2 kali sehari. Makan hingga habis
  4. B4 (30 biji) 4 minggu sebelum dijangka bersalin 1 biji sehari. Makan sehingga bersalin
  5. B5 (84 biji) 2 minggu sebelum dijangka bersalin 2 biji 3 kali sehari. Makan sehingga bersalin
  6. B6 (30 biji) 1 minggu sebelum dijangka bersalin 1 biji sehari (Bila sakit, ambil 1 biji setiap 15 minit)
Selepas bersalin
  1. L7 (30 ml) penggunaan luaran basahkan kapas, lekap pada luka dan pusat bayi
  2. L8 (30 biji) mulai 5 jam selepas bersalin 1 biji setiap jam. Makan sehingga habis. (jika melalui pembedahan,makan hari ketujuh)
  3. L9 (16 biji) mulai dari hari ke 2 bersalin 1 biji 4 kali sehari
  4. L10 (96 biji) mulai dari hari ke 6 bersalin 2 biji 3 kali sehari
  5. L11 (220 ml) mulai dari hari ke 7 atau diminum selepas sehari makan L10 2 sudu 3 kali sehari sebelum makan
  6. L12 (96 biji) mulai dari hari ke 21 atau selepas habiskan L10 makan 2 biji 2 kali sehari. Makan sehingga habis

Semoga ibu-ibu beroleh kesihatan yang baik dan mendapat cahaya mata yang comel, cergas dan pintar.






LAIN-LAIN KEGUNAAN CERAIAN SALINDAH 

Salindah boleh dimakan oleh seisi keluarga, termasuk anak-anak & suami juga.

B1 : Demam, Selsema, Batuk, Terpukul, Lebam, Bengkak Sendi, Radang-radang, Luka ( hancurkan B1 tabur atas luka ), Berdarah, Pecah Penjarum, Muntah, Sakit kepala, Sakit gigi, Tambah Darah bagi orang pucat
B2 : Kurang selera, Tambah darah, Sakit dalam tulang
B3 : Payah Tidur, pelupa, malas, takut-takut
B4 : Masalah meroyan lama, Senggugut, Sakit kepala berdenyut.
B6 : Bengkak Sendi, Senggugut, Penyakit putih ( Leukorea), Memulas dalam perut

L7 : Luka, calar, sapu pada pusat bayi, dibuat basuhan dan kompres
L8 : Sakit kepala, demam gering, bisul, sakit bila menelan, bisul sedang menjadi, sakit mata merah, sakit gigi berdenyut, bengkak-bengkak merah, darah hidung, meracau dan menjerit
L9 : Lebam, terpukul, kesan terkehel, bisul, lemah badan, sakit pinggang, sakit kesan angkat berat, mulut/nafas berbau, letih lesu, tambah tenaga, hidung berdarah, cirit berdarah memulas, suara parau banyak cakap dan mimpi gerun kisah kematian
L10 : Kuatkan gigi longar, kuatkan umbi rambut dan kulit pecah
L11 : Boleh digunakan sebagai tonik biasa untuk seisi keluarga
L12 : Sebagai tonik khusus untuk wanita dan masalah-masalah pada wanita.


Order : SMS 017-3971570  atau hubungi Sri 03-40244859
 

Anak-anak Salindah Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez