Berikan yang selamat & terbaik untuk anak anda sejak dari kandungan lagi....

Thursday, March 24, 2011

Tips atasi mabuk hamil


Hamil di tahap trimester pertama ( 0-12 minggu )menyaksikan perubahan badan yang ketara selaras dengan pembesaran bayi yang dikandung. Ibu sering alami mabuk ( morning sickness ) pada waktu ini.


Tips untuk atasi mabuk hamil :
  • Makan dengan kerap - Tapi dengan jumlah kecil. Perut yg kosong, tekanan darah rendah, kandungan gula rendah boleh sebabkan mabuk hamil. Bawa makanan ringan jika anda keluar berjalan atau pada bila-bila masa sebelum tiba masa makan sebenar.
  • Makan protein tinggi - ini dapat ringankan mabuk hamil. Ikan & Susu mempunyai kandungan protein tinggi.
  • Minum air banyak - lebih-lebih lagi selepas muntah
  • Vitamin tambahan – boleh diambil untuk menggantikan nutrisi yang hilang selepas muntah
  • Jauhi makanan menggemukkan, yg digoreng atau pedas
  • Jauhi makanan yang mempunyai bau dan rasa yang sebabkan anda muntah
  • Makan makanan berkanji seperti roti bakar @ bijiran kering
  • Dapatkan tidur yang lena dan rileks
  • Berehat dan dengar muzik yang lembut ( boleh dengar subliminal muzik utk kurangkan mabuk )
  • Elakkan berus gigi sekurang-kurangnya sejam selepas anda muntah.

No comments:

 

Anak-anak Salindah Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez